Friday 3 February 2012

A girl that can't be loved!



Semua manusia tak sempurna. Jo tahu tu sangat-sangat. Jo pun tak perfect. Seharusnya, seorang manusia perlu redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Dah ditakdirkan lahir dengan serba kekurangan, patutnya kita terima qada' dan qadar ni dengan hati yang terbuka.Namun, Jo tak mampu paksa hatinya untuk terima ini. Jo bukan tidak pernah mencuba. Dah puas Jo pujuk hatinya, dah jenuh menasihati, dah bermacam tazkirah dan motivasi Jo baca, tapi hatinya tetap degil dan keras! Hatinya tak mampu menerima! Jo sendiri sudah putus asa untuk memujuk. Hati manusia bukannya seorang kanak-kanak, bagi sebatang aiskrim / coklat, diam dan terima. Bukan. Hati Jo, kalau realitinya benar, sekuat mana fakta itu diputar belitkan, Jo hanya tetap percaya pada yang pertama itu. Jo percaya, tanda lebam di pipi sebelah kanannya ini, bukanlah, tanda lahir Mongolia seperti yang dibaca di laman sesawang. Jo tak percaya itu! Tapi sedikit sebanyak, hati termakan pada penjelasan seorang doktor tu. Tompok biru Mongolia : sering disalah anggap sebagai lebam. Warna biru seakan lebam. Warna kebiruan itu tidak kelihatan jelas, namun kelihatan merebak. Semakin lama, semakin gelap dan bertambah. Jo percaya kebenarannya yang ini. Namun, malangnya, penjelasan ni sebenarnya tak cukup untuk puaskan hati Jo tentang penyakit yang Jo hidapi. *Jo tak tahu nak panggilnya apa, biarlah Jo namakan sebagai penyakit. Kerana ia merebak. Berbalik kps penjelasan itu, di akhirnya, Jo terbaca, tompok biru itu biasanya berlaku kpd bayi yang baru lahir. Tompok itu muncul di punggung/ paha/ etc tapi tidak di pipi ! Selain itu, tanda itu juga dikatakan akan hilang slepas bayi itu berumur 5 tahun ! Jadi Jo tidak percaya lagi Jo menghidap tompok biru mongolia. Sebab, sejak kecil, tompok biru ni tak pernah wujud pada pipi Jo! Jo hanya sedar tanda biru ini wujud waktu Jo dah di tingkatan 3. Waktu tu, Jo asyik garu dan gosok kulit pipi Jo kuat-kuat sebab Jo ingat pipi Jo naik daki. Akhirnya, kulit pipi Jo luka-luka. Selepas tu lah, makin lama ia makin merebak. Jo ingat lagi, semenjak form 4, orang mula bertanya pada Jo, kenapa pipi Jo lebam? Even cikgu Bio Jo pun bertanya, hinggakan dia mengagak yang Jo bergaduh/bertumbuk sampai pipi Jo lebam. (-.-)"




Lepas tu, sorang demi sorang orang tanya Jo, kenapa dengan pipi Jo? Ya Allah, Jo rasa malu sangat! Jo tak tahu kenapa pipi Jo jadi macam ni, Jo tak tahu nak respond macamana kat diorang, Jo malu, Jo rasa kecil sangat, Jo rasa segan, Jo malu! malu! Waktu tu, Jo tak terfikir pun yang menda ini akan beri effect pada relationship yang Jo baru bina dengan seorang senior sekolah Jo dulu. Tapi, lepas first date, dia terus tinggalkan Jo. Tau kenapa? Sebab tompok biru nilah. Lagi sekali, Jo menangis.Jo menangis bukan sebab sedih kehilangan dia, tapi Jo sedih, sebab Jo ni seakan akan seorang yang hina pulak bila ditinggalkan macam tu je hanya sebab sedikit tanda biru di pipi Jo ni. Jo takut nak hadapi dunia, apalah tanggapan orang bila tengok Jo nanti? Jo hilang harapan untuk terus yakin diri hadapi kenyataan ni. Jo bagitau parents Jo pasal tompok biru ni, tapi diorang sendiri buntu yang bantu Jo macamana. Jo terus hilang semangat. Jo betul-betul alami tekanan emosi. Jo nangis je bila terkenangkan kenapa perlu wujudnya tompok ni pada pipi Jo? Kenapa? Jo asyik fikir, kenapa? Apakah hikmahnya? Jo cuba berfikiran positif, tapi tak guna, akhirnya, Jo tetap akan kalah pada kelemahan diri Jo sendiri. 



Hinggalah, suatu hari, Jo akhirnya perlu tinggalkan family untuk hadapi dunia luar seorang diri. Jo dapat masuk salah satu Kolej Matrikulasi, kat sana, macam biasa, bila Jo bukak tudung, orang akan tanya. Yang paling Jo ingat, sorang kawan Jo, even cakap, Jo ni cacat !

" Jo, kau memang lawa, hampir perfect, tapi, sayang, kau cacat sikit, sebab tanda lebam ni "

And I was like . . .


" Owh, I got it . . ." 


Dan, Jo end up her day with crying. Again. 

Kemudian, Jo keluar Kolej tu sebab dapat tawaran masuk Universiti. At first, everything was good, kecuali, bila ada kawan Jo, yang, Jo tak tahu la apa masalah dia, maybe sebab terlalu curious dengan tanda lebam tu kot.... dia jerit kuat-kuat kat satu restoran ni dari jauh lagi...

"Jo, kenapa pipi kau cam lebam?"

dan dia datang meluru pada Jo bagai peluru berpandu sesat.

Jo yang tengah makan, hilang selera, air mata dah hampir tumpah. Segannya Allah je yang tahu. Tambah pulak, ramai pelanggan kedai masa tu. Jo tak tahu mana nak sorok muka. Paling menghancurkan hati, kawan Jo tu datang, tarik muka Jo, pusing kanan, pusing kiri, bagai doktor yang nak check apa masalah pipi Jo. Tapi bagi Jo, tu dah macam tarik muka Jo, bawak ke hadapan semua orang, pusing kanan, pusing ke kiri, semata mata nak tunjuk dan bagitau pada satu dunia ni, Jo ni ada tanda lebam di pipi dia lah! 

Kawan-kawan yang lain, yang memahami, sedaya upaya back up Jo. Tapi semua dah terlambat, Jo dah pun malu. Jo dah pun hampirkan titiskan airmata Jo. Fortunately, Jo dapat kawal emosi. Tapi membazir betul, Jo tak dapat nak habiskan nasi Jo masa tu sebab dah hilang selera. 


Dan, di sini, sekali lagi, Jo jatuh cinta. Jo ingat dia betul betul ikhlas dapat terima kekurangan Jo sebab sebelum dia pikat Jo, kitorang dah jumpa. Jo ingat dia betul-betul... dapat terima Jo. But, satu hari tu, after skype-ing dengan dia, Jo perasaan yang dia sedikit demi sedikit, lost interest in me. Reason? Bukti? Sebelum end video call hari tu, Dia tanya Jo kenapa dengan pipi Jo. Lepas Jo jwab Jo tak tahu, dia terus terdiam. 


Dan Jo tahu, hubungan ni takkan lama. kerana sebab yang sama. However, Jo still wondering, adakah lelaki yang sudi terima kekurangan Jo ni seadanya? Jo tak tahu nak yakin pada dia, sedangkan Jo sendiri tak yakin pada diri sendiri. Jika Jo sendiri pun tak mampu untuk terimanya, apatah lagi orang lain. Jo diam. DIAM. 




Jo, people are imperfect. All of them are imperfect. Don't cry. Stop crying. It's no use. 




Well yeah, untuk awak, i still have prepared a song for today's feeling. 

Rihanna-CRY

I'm not the type to get my heart broken
I'm not the type to get upset and cry
'cause I never leave my heart open
Never hurts me to say goodbye
Relationships don't get deep to me
Never got the whole in love thing
And someone can say they love me truly
But at the time it didn't mean a thing

[Chorus:]
My mind is gone, I'm spinning round
And deep inside, my tears I'll drown
I'm losing grip, what's happening
I stray from love, this is how I feel
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

Did it happen when we first kissed?
'cause it's hurting me to let it go

Maybe 'cause we spent so much time
And I know that it's no more
I should've never let you hold me baby
Maybe why I'm sad to see us apart
I didn't give to you on purpose
Can't figure out how you stole my heart

[Chorus]

How did I get here with you, I'll never know?
I never meant to let it get so, personal
And after all I tried to do, to stay away from loving you
I'm broken heart and I can't let you know
And I won't let it show
You won't see me cry

[x2]
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

All my life...


No comments:

Post a Comment